Iklan Menarik

Tuesday 13 October 2015

HIJRAH



sedang saudara kita Asia Barat sana menderita,
dan kita masih lagi disini dalam lena,
dibuai cerita indah asyik lalainya dunia,
masih lagi tidur dengan cinta manusia,
.
bangunlah bangkit wahai jiwa yang lena,
sampai bila masih mahu tidur dalam jaga?,
apa kita buta atau sengaja tak diendah peduli semua,
dek kerana terlalu terbiasa mewah ada segala,
.
kini intifada ketiga telah bermula,
padukan tembak doa buat saudara kita,
meski tak mampu berjuang angkat senjata sama,
cukuplah tunjuk prihatin kita buat mereka,
.
apakah kita tidak merasa terhina?
mereka menjaga amanah kiblat pertama kita,
sedang kita disini masih mampu gelak ketawa,
sedangkan disana kita bebankan semua pada mereka,
.
dimana kepedulian kita?
tunjukkan buktikan dengan sekalian apa cara,
boikot yang menyumbang pada musuh durjana,
bangkit tunjukkan semangat kita,
.
HIJRAH!!,
ya tunjukkan semangat peduli kita,
padu lajukan dalam doa,
buat mereka semua disana.
.
AS
13Oct15
 | Tumblr
#Gaza
#3rdintifada

#mohammadazizitumblr
#tumblr
#Hijrah


No comments:

Post a Comment

Follow Us @ggforza