Cerita pasal durian, isnin lepas kawan-kawan ajak pergi cari durian. Dari Samarahan sampailah ke Kuching dan akhirnya jumpa gerai di tepi jalan. Saya pula hanya duduk dalam kereta dan perhati ja gelagat mereka gembira melihat durian yang berlambak. Bila tanya harga, boleh tahan juga mahalnya tapi bagi mereka yang memang pemburu durian tu tidak kisah lah harganya berapa yang penting niat mahu makan durian tu tercapai hehe. Kalau bab durian saya pula jenis yang cerewet. Mungkin sebab ada kebun durian sendiri tapi sebenarnya memang penggemar durian nombor 1 juga hehe. Bila musim durian, semakin kerap datang ke kebun untuk jaga dan kutip durian. Dan perkara yang paling best bila ada kebun sendiri kita orang dapat makan durian fresh! durian yang jatuh depan mata tu lah yang paling sedap hahah.
Yang ni gambar tengah kutip durian pada tahun 2014. Masa ni tengah cuti semester masa belajar diploma dulu. Sebulan lebih cuti tu banyak luangkan masa datang ke kebun dan urus durian-durian yang berlambak ni. Memang puas lah makan! muka pun dah macam durian haha.
Setiap kali masa kutip, tidak kurang 5-6 bakul akan penuh. Alhamdulillah. Cerita pasal pencuri durian pula, kadang-kadang tu ada juga kes pencuri durian masuk ke kebun. Bersepah kulit-kulit durian dibuka dan mungkin yang lain tu dia bawa pulang. Tak apa.. mungkin bukan rezeki kita kan. Bagi halal ja. InsyaAllah. Moga-moga lah lepas dia curi tu, biji yang dia dapat tu dia tanam semula. Jadi lepas tak payah susah-susah jadi pemburu durian sebab dia dah ada pokok durian sendiri heheh.
Suasana semasa mengutip durian
Ini lah durian fresh yang saya maksudkan tadi! hahaha. Memang sedap!
Laluan semasa pulang dari kebun durian - Bukit Banjaran Crocker
No comments:
Post a Comment