Iklan Menarik

Tuesday 26 December 2017

Chrysopogan aciculatus



Mesti korang tau nama rumput ni kan? Rumput Kemuncup atau nama saintifiknya Chrysopogan aciculatus. Tapi biasanya kami panggil rumput ni rumput sundal haha.

Teringat masa zaman sekolah dulu. Sebelum waktu kelas bermula, cikgu akan kumpulkan semua pelajar seawal jam 6.30am hingga jam 7am. Kalau rumput tidak potong lagi, naaaaa.. alamatnya sampai ke kelas kemuncup ikut sama dan dah sampai kelas masa tu lah aktiviti mencabut kemuncup yang melekat di seluar dan stokin. Haha. Meriah betul sebab semua orang pun kena.







Masa zaman sekolah dulu atau masa zaman kanak-kanak, langsung tidak kisah dan tidak tahu pun rumput kemuncup ni. Yang saya tahu benda ni akan melekat di seluar dan sangatlah leceh. Habis main bola di padang kampung, beribu kemuncup melekat di seluar hahah.. Bila sambung belajar di peringkat degree, tidak ku sangkaaaa woo wo woo.. jumpa balik benda ni. Kami kena buat herbarium dan collect sebanyak 25 jenis weed. Subjek ni under weed management. Segala jenis weed dari fern, broadleaf, grass dan sebagainya kena belajar.
   
(Tiada label lagi hahah)



No comments:

Post a Comment

Follow Us @ggforza